Saturday 9 July 2022

BBM3410-2022

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410- 2022

Minggu 1

KEHADIRAN MINGGU 1

1. BIODATA DIRI


Minggu 2

2. ELEMEN ASAS GRAFIK

3. INFOGRAFIK : JOM DAFTAR SEKARANG!

4. AKAUN INSTAGRAM


Minggu 3

5. ASAS FOTOGRAFI LONG SHOT

6. ASAS FOTOGRAFI MEDIUM SHOT

7. ASAS FOTOGRAFI CLOSE-UP

8. ASAS FOTOGRAFI PORTRAIT

9. ASAS FOTOGRAFI PEMANDANGAN

10. INSTAGRAM : KETENANGAN

11. INSTAGRAM : KESIBUKAN


Minggu 4

12. ASAS FOTOGRAFI MUGSHOT

13. ASAS FOTOGRAFI SILUET

14. ASAS FOTOGRAFI KABUR

15. ASAS FOTOGRAFI PENDUA

16. ASAS FOTOGRAFI OVER THE SHOULDER SHOT

17. ASAS FOTOGRAFI BIRD EYE VIEW SHOT

18. CLOSE-UP EMOSI


Minggu 5

19. FLATLAY

20. NOTA FLATLAY

21. TWITTER : NILAI ESTETIKA

22. INSTAGRAM : KEINSAFAN


Minggu 6

23. SWAFOTO

24. SIMPULAN BAHASA

25. RESENSI BUKU BAB SATU


Minggu 7

26. ONE SHOT ONE LAYER

27. INSTAGRAM PERIBADI : GEMBIRA

28. INSTAGRAM HOBI : FOKUS

29. TWITTER : RUANG

30. FACEBOOK : SUASANA


Minggu 8

31. ONE SHOT TWO LAYER

32. ONE SHOT THREE LAYER

33. TIKTOK : HFMD


Minggu 9

34. VIDEO FOKUS

35. VIDEO LAGU

36. INSTAGRAM : TEKA-TEKI

37. TWITTER : KATA-KATA HIKMAH

38. FACEBOOK : NASIHAT IBU

39. TIKTOK : SENAMAN RINGAN SEORANG PELAJAR UNIVERSITI


Minggu 10

40. VIDEO SERAM

41. VIDEO TRAGEDI

42. AKAUN LINKEDIN


Minggu 11

43. VIDEO DOKUMENTARI

44. VIDEO SETEMPAT

45. INFOGRAFIK : MEDIA SOSIAL


Minggu 12 

46. TUGASAN PODCAST

47. TUGASAN RESENSI BUKU MULTIMEDIA DALAM BAHASA


Minggu 13

48. PEMBENTANGAN PODCAST


Minggu 14

49. PEMBENTANGAN RESENSI BUKU MULTIMEDIA DALAM BAHASA

50. KETIKA DAN KALIMAT

Tuesday 5 July 2022

KETIKA DAN KALIMAT

 BBM3410-2022-MINGGU 14-KETIKA DAN KALIMAT 

Assalamualaikum semua.. Posting kalini merupakan post yang terakhir untuk tugasan BBM3410 Multimedia dalam Bahasa yang dikendalikan oleh Prof. Normaliza Abd Rahim. Sejujurnya pada mula-mula memang agak stres sebab kena hadap banyak tugasan untuk satu subjek. Tapi lama-lama dah jadi  terbiasa dan ada juga terdetik dalam hati "kalau orang lain boleh buat dan boleh siap, kenapa aku tak boleh?". Bak kata Prof. "kita kena redho setiap tugasan yang kita ada, mungkin ada hikmah sebaliknya. Bila kita redho InshaAllah kerja jadi senang". Dengan berkat kesabaran dan ketekunan, pejam celik pejam celik dah minggu ke-14! Alhamdulillah, semua tugasan kursus ni dah settle! Sekalung penghargaan dan terima kasih saya buat ahli kumpulan saya team Romulo Production atas kerjasama dan persahabatan yang baik.

Buat Prof. Normaliza Abd Rahim terima kasih banyak prof. atas curahan dan perkongsian ilmu yang sangat berguna kerana dari kursus ini banyak saya belajar tentang fotografi,videografi dan cara-cara edit video. Benda ni belajar bukan untuk peluang pekerjaan pada masa akan datang tetapi untuk kegunaan seharian kita juga! Terima kasih prof, semoga prof. dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan. 

Kehadiran Kuliah Minggu 14 - 1/7/2022










Wednesday 22 June 2022

PEMBENTANGAN RESENSI BUKU MULTIMEDIA DALAM BAHASA

BBM3410-2022-MINGGU 12-PEMBENTANGAN RESENSI BUKU MULTIMEDIA DALAM BAHASA

Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Assalamualaikum, hai semua. Pada minggu 12 yang lepas kami diminta untuk membuat resensi buku bab 1-7 buku Multimedia dalam Bahasa. Ini adalah tugasan yang terakhir kami perlu siapkan. Buku Multimedia dalam Bahasa hasil karya daripada Prof. Normaliza sangatlah best, bermanfaat dan mudah difahami. Buku ini juga sangat membantu saya melakukan tugasan dari minggu 1 hingga sekarang minggu 7. 

Berikut merupakan pautan google drive slide pembentangan resensi buku Multimedia dalam Bahasa yang kumpulan Romulo Production hasilkan:-

Link google drive: https://drive.google.com/file/d/1QhywyVEPa6K2EX36swMVkCip87znRPtK/view?usp=sharing
 

Kehadiran Minggu 14 - 29/6/2022



PEMBENTANGAN PODCAST

 BBM3410-2022-MINGGU 13- PEMBENTANGAN PODCAST

Pada minggu ke-13 ini, kami diminta oleh Prof. untuk mencari satu podcast mengikut genre. Durasi satu podcast yang dipilih haruslah lebih daripada 15minit. Selepas dapat satu podcast tersebut, kami harus menyediakan satu PPT sebanyak 5 slide, grafik dan penjelasan. Dalam podcast tersebut perlu mempunyai latar belakang seperti pemilik, pendengar, keistimewaan podcast dan sebagainya. 

Berikut merupakan PPT podcast pilihan saya:-

Link Google Drive: https://drive.google.com/file/d/1ruZieCayjrRjJdP21MGhYq5EboJMNKF4/view?usp=sharing


Kehadiran Minggu 13 -  (22/6/2022)



Monday 20 June 2022

TUGASAN RESENSI BUKU MULTIMEDIA DALAM BAHASA

 BBM3410-2022-MINGGU 12-TUGASAN RESENSI BUKU MULTIMEDIA DALAM BAHASA

Pada minggu 12 juga, Prof. Normaliza memberi tugasan yang memerlukan kami membuat resensi buku Multimedia dalam Bahasa. Tugasan ini merupakan tugasan berkumpulan yang memerlukan kami semua menyediakan slaid pembentangan secara dalam kumpulan berdasarkan resensi buku yang dibaca tersebut. Buku Multimedia dalam Bahasa ini mengandungi 7 bab dan kami perlu mengagihkan bab tersebut secara sama rata untuk setiap individu dalam satu kumpulan. Slaid pembentangan berjalan lancar dan siap sepenuhnya sebelum hari pembentangan. Setiap kumpulan diberikan masa 30 minit untuk setiap satu kumpulan untuk melakukan pembentangan di dalam kelas.

Berikut merupakan giliran kumpulan bagi pembentangan resensi buku multimedia dalam bahasa setelah dibincangkan bersama-sama kumpulan yang lain:-

1. SaPe Production

2. KJK Production

3. Romulo Production

4. ATMA Production

5.VA Production

Berdasarkan nama kumpulan tersebut, kumpulan saya "Romulo Production" melakukan pembentangan pada giliran yang ketiga. Saya memilih Bab 3 pada muka surat 52-59 dalam kumpulan saya untuk melakukan pembentangan resensi tersebut. 


Kehadiran Kuliah Minggu 12 (15 Jun 2022)

TUGASAN PODCAST

 BBM3410-2022-MINGGU 12-TUGASAN PODCAST

Tugasan untuk minggu 12, kami diminta untuk mencari satu podcast untuk dibentang di dalam kelas pada minggu13. Tugasan ini merupakan tugasan individu tapi kami diminta untuk membentangkannya dalam berkumpulan. Podcast yang dipilih boleh sama daripada channel yang sama tetapi tajuk dan kandungannya mestilah berbeza bagi setiap individu. Selain itu, podcast yang dipilih hendaklah berdurasi lebih 15 minit dan podcast yang dipilih perlu ditonton untuk memahami isinya dan seterusnya membolehkan kami menyediakan slaid pembentangan untuk disampaikan selama 5 minit di dalam kelas. Dalam slaid tersebut kami perlulah menceritakan tentang latar belakang podcast, pendengar podcast, keistimewaan podcast, berapa lama posdcast tersebut dikeudarakan, dan kandungan lain-lain yang terdapat dalam podcast tersebut. 

Berikut merupakan giliran kumpulan bagi pembentangan podcast setelah dibincangkan bersama-sama kumpulan yang lain:-

1. SaPe Production

2. KJK Production

3. Romulo Production

4. ATMA Production

5.VA Production

Berdasarkan nama kumpulan tersebut, saya merupakan ahli kumpulan Romulo Production dan membentangkan podcast saya pada giliran kumpulan yang ketiga. Saya memilih podcast yang bertajuk "Mitos atau Fakta Sejarah Melayu" daripada channel Sesi Teh Tarik di Spotify. 


Kehadiran Kuliah Minggu 12 (15 Jun 2022)



Wednesday 15 June 2022

VIDEO SETEMPAT

BBM3410-2022-MINGGU 11-VIDEO SETEMPAT

Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Video setempat ini merujuk kepada video yang tidak memerlukan suntingan. Video ini dirakam dalam keadaan tidak beralih tempat atau kawasan. Video ini dirakam dan suara latar merupakan suara individu yang merakam video tersebut. Terdapat penceritaan disertakan dengan humor dan perkara yang berlaku pada masa itu. 

Berikut merupakan pautan rakaman video setempat yang telah saya hasilkan :-

Link youtube: https://youtu.be/HVYwEdt4Qj0 


Kehadiran Minggu 11 (8/6/2022)





BBM3410-2022

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410- 2022 Minggu 1 KEHADIRAN MINGGU 1 1.  BIODATA DIRI Minggu 2 2.  ELEMEN ASAS GRAFIK 3.  INFOGRAFIK : JOM DAFTAR...