BBM 3410-2022- ELEMEN ASAS GRAFIK
Elemen: Mudah
Tema: Tempat Tinggal
Rujukan: https://images.app.goo.gl/1rE45mKyWUGa8ntHA
Huraian: Gambar ini menunjukkan elemen asas grafik mudah. Gambar ini mudah difahami tanpa sebarang kekeliruan kerana ianya hanyalah sebuah rumah. Gambar ini juga jelas menunjukkan sebuah rumah kerana dilengkapi atap, pintu, tingkap, dikeliling kehijauan pokok dan sebagainya. Maka jelaslah, gambar ini mengetengahkan elemen asas grafik mudah.
Elemen: Mudah
Tema: Pakaian
Rujukan: Gambar Sendiri
Huraian: Gambar tersebut mengetengahkan elemen asas grafik mudah. Gambar yang ditunjukkan di atas mudah difahami dan ringkas dari segi penyampaian mesej dalam bentuk grafik tersebut. Hal ini demikian kerana, jenis fabrik, saiz dan pemilihan corak jelas menunjukkan sehelai baju dan memberi mesej yang mudah dan jelas untuk difahami. Oleh itu, gambar yang berbentuk baju ini mengandungi elemen mudah.
ASAS GRAFIK WARNA
Elemen: Warna
Tema: Makanan
Rujukan: https://images.app.goo.gl/g11akZXGGSDR9scB9
Huraian: Gambar kuih di atas menunjukkan elemen asas grafik warna. Pemilihan warna dalam foto ini ialah warna kuning, putih dan biru. Pemilihan warna tersebut adalah sesuai dan dapat menarik minat perhatian penggemarnya. Warna atau tons dalam foto ini juga memfokuskan kepada warna terang dan dapat menonjolkan mesej yang hendak disampaikan iaitu sejenis kuih.
Elemen: Warna
Tema: Makanan
Rujukan: Gambar Sendiri (Rantau Panjang, Kelantan)
Huraian: Gambar tersebut mengandungi elemen asas grafik warna. Dari segi warna dalam gambar tersebut adalah tidak melebihi tiga unsur warna. Warna yang digunakan adalah putih, merah dan kuning. Hal ini juga jelas menunjukkan warna yang berlatarbelakang gelap dapat membantu menaikkan warna yang bersifat terang pada makanan tersebut. Oleh itu, asas grafik warna ada pada gambar tersebut.
ASAS GRAFIK TEKS
Tema: Penjagaan Diri
Rujukan: https://images.app.goo.gl/1CpVmkjPyJX2pjoq6
Huraian: Gambar ini menunjukkan elemen asas grafik teks. Hal ini demikian kerana, dalam grafik ini mempunyai tulisan untuk menerangkan jenama, kelebihan dan formula. Selain itu, penggunaan jenis font dalam gambar ini adalah font biasa dan mudah disampaikan kepada pengguna. Saiz font juga mengandungi lebih dari satu untuk menarik minat pembeli dan mengelakkan kebosanan apabila membaca. Maka jelas gambar sabun mandi dalam grafik ini mengetengahkan elemen teks.
Elemen: Teks
Tema: Penjagaan Diri
Rujukan: Gambar Sendiri
Huraian: Dalam gambar di atas, dapat dilihat bahawa elemen asas grafik teks digunakan pada ubat gigi tersebut. Penggunaan jenis font pada gambar tersebut mudah difahami dan sesuai pada ubat gigi itu. Selain itu, saiz font juga lebih dari satu saiz. Ini bermakna pembeli akan mudah tertarik dan ianya tidak akan mengelirukan. Oleh itu, elemen teks sangat penting untuk digunakan dalam jualan produk dengan pemilihan jenis dan saiz yang bersesuaian.
ASAS GRAFIK KESESUAIAN
Tema: Haiwan
Rujukan: https://images.app.goo.gl/eaqktuJVhVrTJLgSA
Huraian: Grafik tersebut mengetengahkan elemen kesesuaian. Dalam gambar tersebut memfokuskan seekor kuda yang seakan sedang berlari di tepi pantai. Gambar tersebut yang berlatarbelakang air laut menampakkan kesesuaian dengan kuda kerana suasana di pantai lebih sesuai untuk kuda melakukan latihan mahupun aktiviti harian. Maka jelaslah, latar tempat tersebut sesuai dengan kuda dan mempunyai elemen kesesuaian.
Elemen: Kesesuaian
Tema: Haiwan
Rujukan: Gambar Sendiri (Kampung Durian Mas, Terengganu)
Huraian: Gambar di atas jelas menunjukkan elemen kesesuaian dalam elemen asas grafik. Hal ini kerana ikan merupakan hidupan akuatik yang memerlukan air untuk ikan terus hidup. Penggunaan saiz akuarium yang digunakan juga bersesuaian dengan ikan tersebut menetap didalamnya. Oleh itu, sangat jelas bahawa elemen kesesuian difokuskan di dalam gambar ini untuk menarik perhatian.
ASAS GRAFIK KESEIMBANGAN
Elemen: Keseimbangan
Tema: Alat tulis
Rujukan: https://images.app.goo.gl/tCjacU4nTW5JKUUC9
Huraian: Gambar di atas menunjukkan asas grafik keseimbangan. Hal ini kerana pemberatan dalam grafik ini seimbang. Keseimbangan yang terdapat di dalam gambar di atas dapat dilihat melalui ruang kiri dan kanan, dan ruang atas dan bawah yang kosong dan imej tersebut seimbang apabila diletakkan ditengah-tengah. Maka jelaslah, imej tersebut mempunyai elemen yang seimbang dengan pembahagian ruang yang baik.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Aksesori Rumah
Rujukan: Gambar Sendiri
Huraian: Imej di atas menunjukkan elemen keseimbangan. Hal ini kerana, pemberatan dalam gambar tersebut seimbang. Dalam gambar tersebut, kedudukan langsir yang dipasang adalah seimbang dari segi sama besar dan sama warna. Dari sisi atas pula, kewujudan pendingin hawa di atas(tengah) juga membolehkan keseimbangan kedudukan langsir pada imej tersebut.
BERIKUT MERUPAKAN VIDEO PERSEMBAHAN DAN POWERPOINT AHLI KUMPULAN ROMULO PRODUCTION BAGI TUGASAN ELEMEN ASAS GRAFIK.
LINK YOUTUBE : https://youtu.be/OQgqSh-1PxQ
LINK POWERPOINT (GOOGLE DRIVE) : https://drive.google.com/file/d/1NJVmwaO5IsXw-Piyh8c4ccKx_2w9wx0Z/view?usp=drivesdk
No comments:
Post a Comment