Academic

Perjalanan dalam pendidikan~

SK Kebor Besar


                             

Sk Kebor Besar, Manir tempat pertama aku menuntut ilmu di sini dari darjah satu hingga darjah enam(gambar sekolah rendah tak jumpa). Sekolah antara yang paling dekat dengan rumah, jadi senang untuk ulang-alik. Sekolah rendah antara yang aktif aku melibatkan diri dalam pelbagai program seperti nasyid,sajak, bercerita, sukan dan kokurikulum, menyertai banyak lawatan sambil belajar dan sebagainya. 


SMK Manir



Ni gambar graduasi. Rindu jugak nak cari remaja balik. Alhamdulillah aku masih dapat berhubung lagi dengan kawan-kawan sekolah dan ada beberapa lost contact. Masing-masing dah ada kerjaya sendiri, ada yang sambung belajar, ada yang sudah bekerja. 

SMK Manir (Tingkatan 6)

Majlis Graduasi

Classmate 6Al-Ghazali

Kem Pengakap Kelana

Majlis Anugerah Pelajar Tingkatan 6

Belajar di tingkatan 6 paling tidak dilupakan. Kawan-kawan aku anggap macam adik-beradik, sangat rapat. Tingkatan 6 juga adalah persediaan sebenar untuk masuk ke universiti. Antara subjek aku ambil adalah Bahasa Melayu, Pengajian Am, Sejarah dan Pengajian Perniagaan. Kenangan bersama guru-guru juga tidak dilupakan. Paling terkesan untuk subjek Pengajian Am dan Pengajian Perniagaan, cikgu reward siapa dapat A akan bagi RM50 setiap sem. Kami pun apa lagi memang pulun betul-betul. Bukan apa cikgu cuba bagi semangat untuk pelajar supaya bangkit kearah kecemerlangan. 


Universiti Putra Malaysia




Alhamdulillah, sekarang aku sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia dengan kos sastera bahasa dan linguistik melayu. Sekarang dah masuk sem 4 dan menjadi pelajar tahun 2 di sini. 

No comments:

Post a Comment

BBM3410-2022

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410- 2022 Minggu 1 KEHADIRAN MINGGU 1 1.  BIODATA DIRI Minggu 2 2.  ELEMEN ASAS GRAFIK 3.  INFOGRAFIK : JOM DAFTAR...