Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Buat pertama kalinya aku mempunyai dan menulis dalam blogger aku sendiri. Tak terfikir sebenarnya untuk aku memiliki blogger sendiri namun dalam kursus BBM3410 aku dapat merealisasikannya! Excited jugak nak belajar benda baru dan explore lebih dalam lagi. Terlebih dahulu aku perkenalkan diri saya, nama diberi Nur Masyitah Najihah Binti Che Mohd bernombor matrik 209365. Minat yang mendalam terhadap bidang bahasa menyebabkan aku memilih kos Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu Dengan Kepujian di Universiti Putra Malaysia. Kini aku sudah berada dalam semester 4, iaitu tahun 2.
Selain itu, aku merupakan anak jati Terengganu dan sedang menetapkan di daerah Kuala Terengganu. Aku sememangnya berbangga dilahirkan di negeri Terengganu yang mewarisi pelbagai adat dan budaya yang unik dan juga dikelilingi tempat yang cantik. Di dalam keluarga pula, aku merupakan anak bongsu daripada sembilan adik-beradik. Pada waktu lapang kebiasaannya aku akan bersukan. Ya, aku pencinta hiking dan aktiviti sukan lasak! Kawan atau kakak ajak je mesti join kalau takde halangan. Suka bila tengok keindahan sekeliling dan hirup udara segar. Antara yang pernah aku pergi seperti Bukit Tok Salai, Bukit Besar, Bukit Maras, Bukit Keluang, Bukit Bauk dan beberapa lagi. Ada beberapa lagi hobi aku seperti suka tengok drama, movie dan travel.
Haaa mesti nak lihat pemilik blogger ini kan?
No comments:
Post a Comment