Tuesday 5 July 2022

KETIKA DAN KALIMAT

 BBM3410-2022-MINGGU 14-KETIKA DAN KALIMAT 

Assalamualaikum semua.. Posting kalini merupakan post yang terakhir untuk tugasan BBM3410 Multimedia dalam Bahasa yang dikendalikan oleh Prof. Normaliza Abd Rahim. Sejujurnya pada mula-mula memang agak stres sebab kena hadap banyak tugasan untuk satu subjek. Tapi lama-lama dah jadi  terbiasa dan ada juga terdetik dalam hati "kalau orang lain boleh buat dan boleh siap, kenapa aku tak boleh?". Bak kata Prof. "kita kena redho setiap tugasan yang kita ada, mungkin ada hikmah sebaliknya. Bila kita redho InshaAllah kerja jadi senang". Dengan berkat kesabaran dan ketekunan, pejam celik pejam celik dah minggu ke-14! Alhamdulillah, semua tugasan kursus ni dah settle! Sekalung penghargaan dan terima kasih saya buat ahli kumpulan saya team Romulo Production atas kerjasama dan persahabatan yang baik.

Buat Prof. Normaliza Abd Rahim terima kasih banyak prof. atas curahan dan perkongsian ilmu yang sangat berguna kerana dari kursus ini banyak saya belajar tentang fotografi,videografi dan cara-cara edit video. Benda ni belajar bukan untuk peluang pekerjaan pada masa akan datang tetapi untuk kegunaan seharian kita juga! Terima kasih prof, semoga prof. dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan. 

Kehadiran Kuliah Minggu 14 - 1/7/2022










No comments:

Post a Comment

BBM3410-2022

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410- 2022 Minggu 1 KEHADIRAN MINGGU 1 1.  BIODATA DIRI Minggu 2 2.  ELEMEN ASAS GRAFIK 3.  INFOGRAFIK : JOM DAFTAR...