Family

Keluargaku ~

Setiap orang mesti mempunyai keluarga. Keluarga adalah orang yang selalu ada ketika susah dan senang, selalu berkongsi idea dan masalah dan menyayangi antara satu sama lain. Begitu juga dengan aku. Aku bersyukur dikurniakan keluarga yang baik dan sangat memahami.

Raya 2020


Inilah keluarga aku. Gambar ini diambil masa hari pertama raya 2019. Aku ada sembilan adik-beradik dan aku anak bongsu. Tapi dalam gambar ni masih tidak cukup. Dalam gambar ini ada 5 orang dan 4orang tidak boleh kampung dan ada yang beraya di rumah mertua masing-masing. Selebihnya dalam gambar ni adalah anak buah aku. Dalam gambar tu ada syurga aku ialah mak dan ayah. Ayah aku nama Che Mohd Bin Endut umur 66tahun dan mak aku bernama Khatijah Binti Ibrahim dan berumur 62tahun. Hari raya sangat bermakna bagi aku sebab abang kakak aku balik kampung. Kami sangat susah nak jumpa sebab semua ada kerjaya masing-masing, tinggal diluar negeri dan paling jauh tinggal di Sarawak kerana mengajar di sana. 


Berkelah with MyFamily


Gambar ni masa tahun 2020. Aku dan keluarga meluangkan masa pergi berkelah dan sambut hari jadi anak buah aku di Pantai Teluk Ketapang, Terengganu. Masa ni plan last minute kebetulan ada abang dan kakak ada balik kampung. Gambar ni memang ramai anak buah aku, sekarang dah ada 17orang dan yang paling besar dah 13tahun. 


Celebrate Birthday My Dad and My Mom


Alhamdulillah dapat sambut hari jadi ayah dan mak. Memang setiap tahun tak pernah miss untuk sambut birthday diorang. Tarikh birthday ayah dan mak adalah bulan yang sama dan tak lari jauh, hanya beza seminggu sahaja. Ayah aku 21 Okt dan mak aku 28 Okt. Aku dan kakak abang aku akan cari masa untuk sambut birthday diorang, kekangan masa bukan menjadi masalah. Kegembiraan paling bermakna adalah bila tengok mereka senyum dan ketawa.


No comments:

Post a Comment

BBM3410-2022

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410- 2022 Minggu 1 KEHADIRAN MINGGU 1 1.  BIODATA DIRI Minggu 2 2.  ELEMEN ASAS GRAFIK 3.  INFOGRAFIK : JOM DAFTAR...