Wednesday 22 June 2022

PEMBENTANGAN RESENSI BUKU MULTIMEDIA DALAM BAHASA

BBM3410-2022-MINGGU 12-PEMBENTANGAN RESENSI BUKU MULTIMEDIA DALAM BAHASA

Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Assalamualaikum, hai semua. Pada minggu 12 yang lepas kami diminta untuk membuat resensi buku bab 1-7 buku Multimedia dalam Bahasa. Ini adalah tugasan yang terakhir kami perlu siapkan. Buku Multimedia dalam Bahasa hasil karya daripada Prof. Normaliza sangatlah best, bermanfaat dan mudah difahami. Buku ini juga sangat membantu saya melakukan tugasan dari minggu 1 hingga sekarang minggu 7. 

Berikut merupakan pautan google drive slide pembentangan resensi buku Multimedia dalam Bahasa yang kumpulan Romulo Production hasilkan:-

Link google drive: https://drive.google.com/file/d/1QhywyVEPa6K2EX36swMVkCip87znRPtK/view?usp=sharing
 

Kehadiran Minggu 14 - 29/6/2022



PEMBENTANGAN PODCAST

 BBM3410-2022-MINGGU 13- PEMBENTANGAN PODCAST

Pada minggu ke-13 ini, kami diminta oleh Prof. untuk mencari satu podcast mengikut genre. Durasi satu podcast yang dipilih haruslah lebih daripada 15minit. Selepas dapat satu podcast tersebut, kami harus menyediakan satu PPT sebanyak 5 slide, grafik dan penjelasan. Dalam podcast tersebut perlu mempunyai latar belakang seperti pemilik, pendengar, keistimewaan podcast dan sebagainya. 

Berikut merupakan PPT podcast pilihan saya:-

Link Google Drive: https://drive.google.com/file/d/1ruZieCayjrRjJdP21MGhYq5EboJMNKF4/view?usp=sharing


Kehadiran Minggu 13 -  (22/6/2022)



Monday 20 June 2022

TUGASAN RESENSI BUKU MULTIMEDIA DALAM BAHASA

 BBM3410-2022-MINGGU 12-TUGASAN RESENSI BUKU MULTIMEDIA DALAM BAHASA

Pada minggu 12 juga, Prof. Normaliza memberi tugasan yang memerlukan kami membuat resensi buku Multimedia dalam Bahasa. Tugasan ini merupakan tugasan berkumpulan yang memerlukan kami semua menyediakan slaid pembentangan secara dalam kumpulan berdasarkan resensi buku yang dibaca tersebut. Buku Multimedia dalam Bahasa ini mengandungi 7 bab dan kami perlu mengagihkan bab tersebut secara sama rata untuk setiap individu dalam satu kumpulan. Slaid pembentangan berjalan lancar dan siap sepenuhnya sebelum hari pembentangan. Setiap kumpulan diberikan masa 30 minit untuk setiap satu kumpulan untuk melakukan pembentangan di dalam kelas.

Berikut merupakan giliran kumpulan bagi pembentangan resensi buku multimedia dalam bahasa setelah dibincangkan bersama-sama kumpulan yang lain:-

1. SaPe Production

2. KJK Production

3. Romulo Production

4. ATMA Production

5.VA Production

Berdasarkan nama kumpulan tersebut, kumpulan saya "Romulo Production" melakukan pembentangan pada giliran yang ketiga. Saya memilih Bab 3 pada muka surat 52-59 dalam kumpulan saya untuk melakukan pembentangan resensi tersebut. 


Kehadiran Kuliah Minggu 12 (15 Jun 2022)

TUGASAN PODCAST

 BBM3410-2022-MINGGU 12-TUGASAN PODCAST

Tugasan untuk minggu 12, kami diminta untuk mencari satu podcast untuk dibentang di dalam kelas pada minggu13. Tugasan ini merupakan tugasan individu tapi kami diminta untuk membentangkannya dalam berkumpulan. Podcast yang dipilih boleh sama daripada channel yang sama tetapi tajuk dan kandungannya mestilah berbeza bagi setiap individu. Selain itu, podcast yang dipilih hendaklah berdurasi lebih 15 minit dan podcast yang dipilih perlu ditonton untuk memahami isinya dan seterusnya membolehkan kami menyediakan slaid pembentangan untuk disampaikan selama 5 minit di dalam kelas. Dalam slaid tersebut kami perlulah menceritakan tentang latar belakang podcast, pendengar podcast, keistimewaan podcast, berapa lama posdcast tersebut dikeudarakan, dan kandungan lain-lain yang terdapat dalam podcast tersebut. 

Berikut merupakan giliran kumpulan bagi pembentangan podcast setelah dibincangkan bersama-sama kumpulan yang lain:-

1. SaPe Production

2. KJK Production

3. Romulo Production

4. ATMA Production

5.VA Production

Berdasarkan nama kumpulan tersebut, saya merupakan ahli kumpulan Romulo Production dan membentangkan podcast saya pada giliran kumpulan yang ketiga. Saya memilih podcast yang bertajuk "Mitos atau Fakta Sejarah Melayu" daripada channel Sesi Teh Tarik di Spotify. 


Kehadiran Kuliah Minggu 12 (15 Jun 2022)



Wednesday 15 June 2022

VIDEO SETEMPAT

BBM3410-2022-MINGGU 11-VIDEO SETEMPAT

Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Video setempat ini merujuk kepada video yang tidak memerlukan suntingan. Video ini dirakam dalam keadaan tidak beralih tempat atau kawasan. Video ini dirakam dan suara latar merupakan suara individu yang merakam video tersebut. Terdapat penceritaan disertakan dengan humor dan perkara yang berlaku pada masa itu. 

Berikut merupakan pautan rakaman video setempat yang telah saya hasilkan :-

Link youtube: https://youtu.be/HVYwEdt4Qj0 


Kehadiran Minggu 11 (8/6/2022)





VIDEO DOKUMENTARI

 BBM3410-2022-MINGGU 11-VIDEO DOKUMENTARI

Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Video dokumentari merujuk kepada video yang tidak mempunyai penceritaan. Video ini akan terdapat seseorang yang mengulas tentang dokumentari yang dipaparkan. Suara itu dirakam selepas video tersebut siap disunting. Suara tersebut mestilah selaras dengan video dan pengisian memerlukan penyelidikan yang mendalam terlebih dahulu. Hal ini kerana  video dokumentari memerlukan pengisian yang memberi pengetahuan dalam kalangan penonton. 

Berikut merupakan pautan rakaman video dokumentari dari kumpulan Romulo Production:-


Link youtube: https://youtu.be/AZ7aE8HlDTI


Kehadiran Minggu 11 (8/6/2022)



Monday 13 June 2022

VIDEO TRAGEDI

 BBM3410-2022-MINGGU 10-VIDEO TRAGEDI

Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Video tragedi merujuk kepada video yang melibatkan plot cerita yang melibatkan plot cerita yang memberikan kesan emosi yang tinggi. Emosi seperti sedih, murung, terkejut dan pelbagai emosi yang negatif. Video tragedi seharusnya mempunyai jalan cerita yang memberi kesan dalam kehidupan seseorang. 

Berikut merupakan pautan rakaman video tragedi dari kumpulan Romulo Production:-

Link youtube: https://youtu.be/uaD7hsmreCs


Kehadiran Minggu 10 (1/6/2022)



VIDEO SERAM

BBM3410-2022-MINGGU 10-VIDEO SERAM

Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Video seram merupakan video yang berbentuk penceritaan yang memberikan kesan yang menakutkan. Video seram biasanya melibatkan hantu atau entiti yang kelihatan atau tidak kelihatan. Video seram juga boleh melibatkan manusia namun penceritaan harus berfokus kepada seram dan menakutkan. 

Berikut merupakan pautan rakaman video seram dari kumpulan Romulo Production:-

Link youtube: https://youtu.be/AQfSoCAunJM


Kehadiran Minggu 10 (1/6/2022)



Friday 10 June 2022

INFOGRAFIK : MEDIA SOSIAL

BBM3410-2022-MINGGU 11-INFOGRAFIK MEDIA SOSIAL

Assalamualaikum, hai semua.. Amali minggu 11 ni Prof. meminta kami semua untuk menyiapkan tugasan infografik. Infografik  ni haruslah mengenai media sosial. Kami semua diminta untuk membuat 7 media sosial yang telah kami pelajari dan yang memuat naik segala tugasan yang diberikan sebelum ni. Memang banyak kelebihan media sosial ni apabila digunakan di jalan yang benar. Saya akui sebelum ni memang tak pernah ada akaun blog, twitter dan linkedin. Oleh itu,  dengan mengaplikasikan media sosial berikut saya dapat belajar benda baru dan dapat menambahkan lagi pengetahuan dalam diri saya. Berikut merupakan infografik kelebihan 7 media sosial yang telah saya hasilkan:-




Kehadiran 10/6/2022



Thursday 9 June 2022

ASAS VIDEOGRAFI : VIDEO LAGU

BBM3410-2022-MINGGU 9-VIDEO LAGU

Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Video lagu merujuk kepada video yang memerlukan lakonan mengikut jalan penceritaan lirik lagu. Video lagu melibatkan pelakon yang dapat meninggalkan kesan terhadap lirik lagu tersebut.

Berikut merupakan pautan rakaman video lagu dari kumpulan Romulo Production:-


Link youtube: https://youtu.be/2oH9MaLV4mk


                                                  Kehadiran Kuliah Minggu 9 (26/5/2022)



ASAS VIDEOGRAFI : VIDEO FOKUS

BBM3410-2022-MINGGU 9-VIDEO FOKUS

Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Video fokus atau video tanpa wajah merujuk kepada video yang memberikan tumpuan terhadap satu-satu item atau anggota badan. Video fokus mempunyai jalan cerita yang membuatkan penonton berfikir.

Berikut merupakan pautan rakaman video fokus dari kumpulan Romulo Production:-


Link youtube: https://youtu.be/AlL9ByugqFo


Kehadiran Kuliah Minggu 9 (26/5/2022)




Thursday 2 June 2022

AKAUN LINKEDIN

 BBM3410-2022-MINGGU 10-LINKEDIN

1. Membuka akaun Linkedin.

 
Link akaun Linkedin https://www.linkedin.com/in/nur-masyitah-najihah-che-mohd-applied-malay-language-and-linguistics-454b52240/ 


2. Menghantar "Connect" dan follow akaun Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim di Linkedin.



Kehadiran Kuliah Minggu 10 (3/6/2022)



BBM3410-2022

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410- 2022 Minggu 1 KEHADIRAN MINGGU 1 1.  BIODATA DIRI Minggu 2 2.  ELEMEN ASAS GRAFIK 3.  INFOGRAFIK : JOM DAFTAR...